Ads 468x60px

+ FINAL PRESENTATION +


FINAL PRESENTATION

Date : 31 May 2015
Venue : UTM KL


product Name : ST-i Projector






+ BUSINESS PLAN +


Business Plan :

  • Asrul Abd Jalil              : Cacing
  • Bahirudin Gufran          : Cyber Cafe
  • Naimah                          : Jahitan dan Sulaman
  • Nur Hazreena Zulkifli   : Frozen Food
  • Risca Robin                   : Bakeri


+ BUSINESS MODEL +

 Kedai Runcit




MISSION

Menyediakan keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk tempatan

PRODUCT/MARKET SCOPE
  • Bahan-bahan mentah 
  • Bahan-bahan kering 
  • Barangan Keperluan Harian

STARTEGIC RESOURCES

CORE COMPETENCIES

Menyediakan segala keperluan asas yang diperlukan tanpa penduduk perlu pergi ke pekan untuk membeli barangan tersebut.

STRATEGIC ASSETS

Menjadi ejen berdaftar untuk Bank Simpanan Nasional sebagai orang tengah yang memudahkan penduduk taman menyimpan dan mengeluarkan wang mereka.


PARTNERSHIP NETWORK

SUPPLIERS

  • Penternak ayam dan nelayan ( untuk mendapatkan ayam dan ikan segar setiap hari)
  • Syarikat yang membekalkan barangan secara pukal. (ambil terus dari kilang)


CUSTOMER INTERFACE

TARGET MARKET

-          Penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang berhampiran.

FULFILLMENT AND SUPPORT

                        -  Perkhidmatan penghantaran barang hingga ke hadapan pintu rumah jika barangan
                     belian bernilai RM 100 ke atas. 
-                                 - Perkhidmatan pesanan barang melalui panggilan telefon.


PRICING STRUCTURE
              Menawarkan belian barangan dalam bentuk ‘bundle’ .
               Contohnya :- 3 buku sabun
  Sentiasa menawarkan diskaun atau potongan harga bagi barangan yang dijual secara
    bergilir. Contohnya :-  Januari- Sabun pencuci pinggan, Febuari – Makanan dalam tin dan
    lain-lain.

+ MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) +

Logo MARA


MAKLUMAT KORPORAT


Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ditubuhkan pada 1 Macc 1966 di bawah akta parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resoluso kongres ekonomi bumiputra pertama pada tahun sebelumnya. adalah menjadi kewajipan majlia bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan - kawasan luar bandar.

sebuah nama keramat lahir dari percikan amarah suatu bangsa yang mundur sosio-ekonominya masih menadah tangan menjadi peminta di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. bermula di zaman penjajah dikenali sebagai RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan . SUatu bayangan tipis cara inggeris melonggarkan kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953, ketika bara nasionalisma marak menyala tidak mampu menampung ghairah rakyat yang merdeka suara bumiputera yang semakin keras bergema kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun 1965 kongres ekonomi bumiputera yang pertama meerumuskan segala duka nestapa bangsa bahawa kita memiliki telaga mengapa masih memegang talinya sedang orang mencapai timba maka segala gaung amarah  dileburkan menjadi sampah amanah suatu  wawasan.
pada dsetik 1966 yang menentukan RIDA dikerandakan dalam sejarah untuk sebuah nama baru yang keramat " Majlis Amanah Rakyat" kini 25 tahun telah berdetik penyelarasan jalur wawasan

ORGANISASI & OPERASI

Ahli - ahli majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan pengerusi dan 9 orang anggota lain, 3 daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar BAndar dan wilayah.

Ketua eksekutif ialah ketua pengarah dan beliau dibantu 3 orang timbalan ketua pengarah. Bahagia - bahagian yang diterajui oleh pengarah dan unit - unit di bawah kawalan ketua unit melaksanankan fungsi-fungsi MARA pada peringkat ibu pejabat dan disokong oleh 14 pejabat MARA negeri, termasuk wilayah persekutuan KL dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C, Jakarta,Dublin ,Frankfurt dan New South Wales.

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
  • Ibu Pejabat
  • Pejabat MARA Negeri
  • Pejabat MARA Daerah
  • MRSM
  • Kolej MARA
  • GIATMARA
  • IKM
  • Institut Kemahiran Tertinggi MARA
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kenderaan Bas MARA
  • Pejabat MARA Luar Negara
  • Kolej Profesional MARA
VISI & MISI KORPORAT

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa
  • Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

OBJECKTIF


  • Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
  • Melahirkan modal insan global dan berintegriti
  • Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
  • Memudahkan sistem penyampaian

STRATEGI
  • i-Usahawan
  • i-Pekerja
  • i-Pelaburan
  • i-Organisasi
PIAGAM PELANGGAN


Kami Warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahlkan seperti berikut :

  • Permohonan Pembiayaan Perniagaan, Pinjaman Pelajaran dan Kemudahan 
  • Latihan Keusahawanan yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14hari.
  • Permohonan Sewaan Premis yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup iklan.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM diketahui mengikut peringkat seperti berikut:
          - Tingkatan Satu - 30 hari selepas tarikh akhir ujian dan temu duga.
          - Tingkatan Empat - 30 hari selepas tarikh keputusan PMR diumumkan.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (lKM, KKTM, KPM, GMl, KPTM dan UniKL) diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup.
  • Bayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada pembekal.
PERKHIDMATAN


+ SEKTOR KEUSAHAWANAN +


1. Bahagian Pembangunan Keusahawanan

Membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.

2. Bahagian Pembangunan Industri dan Infrastruktur
  • Membangunkan peluang-peluang perniagaan terutamanya dalam bidang peruncitan dan pemborongan.
  • Mentransformasikan lepasan pelatih atau   pekerja teknikal menjadi usahawan.
  • Membangunkan industri makanan dan bukan makanan melalui penyediaan kemudahan dan insentif pengeluaran dan perkilangan.
  • Membangunkan Industri IBS dalam sistem pembinaan terbuka bagi mencapai Pelan Halatuju IBS Nasional.  

3. Bahagian Pembiayaan Perniagaan 

Kemudahan pembiayaan perniagaan disediakan untuk membantu Usahawan Bumiputera memulakan perniagaan atau menambah modal bagi meningkatkan perniagaan. Pembiayaan dilaksanakan mengikut Konsep Islam, bebas daripada riba.

+ PEMBANGUNAN USAHAWAN +


1. Program Latihan Keusahawanan


Latar Belakang   Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. Program‐program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan    yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan PUSMA Negeri serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO). 

2. Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan 

Skim Khidmat Nasihat Perniagaan merupakan satu kemudahan yang disediakan bagi membantu menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan/syarikat melalui khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan yang dikendalikan oleh panel pemudahcara MARA. Ia bertindak sebagai satu pusat setempat (‘one-stop centre’) yang mempunyai kemahiran pelbagai dalam bidang khidmat nasihat untuk ditawarkan kepada usahawan bumiputera. 

3. Program Pembangunan Pemasaran

Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera rata-rata masih baru dalam industri pembuatan dan pengeluaran. Ramai yang masih tidak dapat menembusi pasaran terbuka dan bersaing secara gagah dengan pengusaha dan pengeluar bukan Bumiputera, apatah lagi untuk mendapat tempat di pelbagai ‘Hypermarket’ yang telah bertapak dan berkembang di Malaysia ini. Justeru bagi membantu memperkenal dan mempertingkatkan permintaan ke atas produk-produk keluaran Bumiputera ini, pelbagai aktiviti di bawah Program Pemasaran dan Promosi perlu di laksanakan. 


4. Program Pembangunan Teknousahawan

Teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan. 

Program Teknousahawan MARA adalah merupakan metod untuk peningkatan kapasiti dan kapabiliti usahawan sedia ada kepada usahawan kecil, sederhana (PKS) dan besar (Large Company) mengikut kelas masing‐masing yang dilaksanakan melalui kerjasama Rakan Pintar Teknologi antara MARA dengan pihak Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Agensi & Badan Kerajaan Penyedia Teknologi atau Sektor Swasta yang mempunyai kepakaran berasaskan penyelidikan dan teknologi strategik.    


+ PEMBANGUNAN INDUSTRI +


1. Program Usahawan Teknikal  (PUTEK)


PUTEK mula dilaksanakan pada tahun 1996 iaitu tahun pertama dalam RMK 7. Pelaksanaannya adalah berteraskan kepada hasrat MARA dan Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan teknikal (technopreneurs) Bumiputera di seluruh negara. Melalui program ini, usahawan - usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan khususnya bagi perniagaan yang berasaskan kepada kemahiran yang mereka miliki, akan dibantu melalui satu pakej kemudahan, sokongan dan bantuan galakan.

Mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki. Usahawan ini akan dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri.


2. Kemudahan Pengeluaran dan Perintis 

Program Kemudahan Pengeluaran dan Perintisan (KPP) Bahagian Pembangunan Usahawan MARA merupakan satu rangkaian kemudahan yang disediakan bagi membantu dan membangunkan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana melalui kaedah pembentukan etika keusahawanan, perintisan perniagaan, kemudahan pengeluaran, galakan pengeluaran, pemindahan teknologi dan rawatan perniagaan dan pengkomersialan.
Kemudahan Pengeluaran merupakan salah satu skop di bawah Program KPP selain daripada Perintisan Perniagaan dan Pengkomersialan. Kemudahan ini merupakan satu pakej bantuan kepada usahawan sebagai insentif untuk menjalankan perusahaan dalam pengeluaran sesuatu produk sama ada atas usaha sendiri atau membangunkan produk yang dihasil oleh pusat R & D kerajaan atau swasta yang mempunyai nilai komersial.


3. Inkubator Teknologi Perkilangan Bumiputra (INTEP)

program ini adalah untuk membantu usahawan atau syarikat memulakan aktiviti perkilangan dengan menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembelian mesin dan peralatan, modal kerja, kemudahan ruang kilang serta lain-lain khidmat sokongan.
Melalui program ini, MARA berhasrat untuk melahirkan 'top entreprenuer' yang maju dan berdaya saing dan seterusnya mampu disenaraikan di Bursa Malaysia.


4. Pembangunan IBS dan Hardware


Matlamat mengadakan Lanskap Pembangunan IBS dan Hardware adalah untuk meningkat dan memantapkan penyertaan Bumiputera dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pasaran ke arah menjana daya saing Bumiputera bagi memenuhi hasrat Kerajaan dalam mengindustrikan sektor pembinaan sepenuhnya menjelang 2010.
Pelaksanaan lanskap ini adalah melalui pendekatan perkongsian pintar (smart partnership) dengan jabatan/agensi kerajaan yang aktif dalam bidang pembinaan seperti Kementerian Kerja Raya, SIRIM, CIDB, PKK, MIGHT dan NPC serta kerjasama strategic dengan para penyelidik daripada IPTA/IPTS.


5. Pembiayaan Perniagaan Program PUTRA
Program ini dinamakan sebagai Program PUTRA. Perkataan PUTRA didefinasikan sebagai ‘pengganti pemimpin’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam konteks ini, PUTRA adalah merujuk kepada usahawan generasi baru.  Program PUTRA adalah inisiatif MARA bagi melahirkan usahawan kecil dinamik dari golongan Belia/Generasi Muda terutamanya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang mahu memulakan perniagaan buat kali pertama.

+ PEMBIAYAAN PERNIAGAAN  +

1.Skop

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan MARA adalah meliputi sektor perniagaan yang patuh shariah iaitu Pembuatan, Peruncitan, Kontraktor (Kontraktor Binaan CIDB G1 hingga G5, kontraktor pembekalan, perkhidmatan dan elektrik) dan Teknousahawan.


2. Kaedah dan Konsep 

AL-BAI BITHAMIN AJIL


Maksud : Jualan dengan harga tangguh.
Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee)

AL-MURABAHAH



Maksud : Jualan dengan tambah untung.

Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.

AL-IJARAH



Maksud : Pajakan atau sewaan.
Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA. Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.

BAI AL-INAH



Maksud : Menjual sesuatu barangan dengan harga tangguh kepada pembeli.
Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.

AL-QARDHUL HASAN


Konsep ini merupakan pinjaman ikhlas atau pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman. Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).



3. Skim Pembiayaan

3.1: Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)



SPiKE terbuka kepada kontraktor dalam bidang berikut :

  • Kontraktor Binaan Gred G1, G2, G3, G4 & G5
  • Kontraktor Bekalan
  • Kontraktor Perkhidmatan
  • Kontraktor Elektrik
3.2 : Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)


Kemudahan Pembiayaan

  • Pembelian harta tetap (mesin/peralatan)
  • Ubahsuai premis perniagaan
  • Modal Pusingan

3.3 : Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
Kemudahan ini menawarkan pembiayaan perniagaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)

3.4 : Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
Kemudahan ini ditawarkan kepada semua pelajar lepasan Intitusi Pendidikan MARA (IPMa).

3.5 : Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
MARA bekerjasama dengan bank komersil terpilih bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.

Kemudahan Pembiayaan

  • Cash Line Facility (Cash Facility)
  • Documentary Credit Murabahah Facility (DCM Facility)
  • Murabahah Working Capital Financing Facility (MWCF Facility)
  • Bai Al-Dyan Working Capital Financing Facility
  • Lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh bank komersil

3.6 : MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)


Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.


Kemudahan Pembiayaan
  • Modal kerja
  • Pembelian aset
  • Pembiayaan projek/kontrak
3.7 : Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan EXIM Bank untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Malaysia yang menjalankan operasi perniagaan di Luar Negara.
Kemudahan Pembiayaan
  • Pembelian aset atau pengubahsuaian
  • Pembelian bahan mentah, gaji dan overhead dan sebagainya.

+ PERMIS PERNIAGAAN  +



1. Inisentif Penyewaan 

Sebagai langkah memberi bantuan, galakan dan sokongan kepada usahawan baru, MARA memberi pertimbangan insentif seperti berikut :-
  • Tempoh persediaan maksimum 3 bulan.
  • Tempoh bernafas maksimum 3 bulan.
  • Diskaun sewa 30% untuk tahun pertama, 20% untuk tahun kedua dan 10% untuk tahun ketiga.
  • Diskaun sewa untuk penyewa KIM pula ialah 70% untuk tahun pertama, 50% untuk tahun kedua dan 20% untuk tahun ketiga.

2. Cara Bayaran Sewa 
  • Pejabat MARA Daerah
  • Pejabat MARA Negeri
  • Pejabat Pos Malaysia Berhad di seluruh Malaysia
  • Perbankan internet di Maybank, Bank Islam, CIMB, Public Bank, RHB, Bank Rakyat dan AmBank

+ LANSKAP +



1. Lanskap Pembangunan Peruncitan Bumiputra 

Tujuan Lanskap Pembangunan Peruncitan Bumiputera diwujudkan adalah untuk menggiatkan penyertaan aktif golongan Bumiputera dalam industri peruncitan sebagai salah satu pendekatan strategik ke arah pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Ia juga boleh memberi peluang kepada usahawan Bumiputera sedia ada untuk terlibat dalam penyediaan barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan bagi melebar luaskan industri perkhidmatan dan produk halal negara.
Secara tidak langsung pelaksanaan program ini telah dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam rantaian industri peruncitan negara.

2. Lanskap Pembangunan Program Conversion

‘Conversion' ialah satu proses transformasi untuk menjadikan pelajar-pelajar dari institusi-institusi kemahiran MARA dan awam sebagai usahawan. Pembangunan lanskap ini adalah satu platform untuk menggalakkan penyertaan aktif Bumiputera terutama golongan muda yang mempunyai kemahiran agar menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.
Kumpulan sasar utama bagi lanskap ini adalah pelatih-pelatih lepasan institusi teknikal MARA seperti GIATMARA, IKM, IKTM, Infotech MARA dan FITEC. Walaubagaimanapun, lulusan daripada institusi lain akan dipertimbangkan untuk meningkatkan kumpulan sasar bagi lanskap ini.
3. Lanskap Pembangunan Vendor 

Objektif utama Lanskap Pembangunan Vendor adalah untuk mewujudkan jalinan pasaran di mana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia boleh berfungsi dan bertindak sebagai pengilang dan pembekal pelbagai jenis makanan serta komponen-komponen, mesin atau alat jentera, alat gantian dan perkhidmatan untuk syarikat besar dan multi-nasional. Selain itu, ia juga berupaya menyediakan saluran integrasi dan perantara IKS dengan syarikat industri besar dan institusi kewangan bagi meningkatkan tahap kecekapan industri melalui pemindahan teknologi dan kepakaran oleh industri besar (anchor) kepada vendor IKS. Melalui cara ini para pengusaha akan dapat menyediakan bekalan dengan pantas pada kos yang munasabah. BPU telah memberi fokus kepada dua bidang iaitu Vendor Food dan Vendor Non.-Food.
3.1 : Vendor Food
Program Vendor-Food merupakan satu platform yang digunakan oleh BPU dalam mewujudkan lebih ramai anchor dan vendor dalam bidang pengeluaran makanan. Pelaksanaan program ini telah dilengkapkan dengan pembangunan fizikal seperti Inkubator Teknologi Makanan (INTEM), Kompleks Industri Makanan (KIMAR), Taman Industri Makanan MARA (TIM) di Pedas, Negeri Sembilan dan Serkam, Melaka serta MARA Halal Park, Pulau Indah.
3.2 : Vendor Non-Food

Program Vendor Non-Food memfokuskan aktiviti pembangunan vendor bagi bidang yang lain seperti Seramik, Tekstil, Telekomunikasi, Automotif dan beberapa bidang yang lain. Pendekatan bagi pelaksanaan program ini adalah dengan menggunakan strategi anchor-network. Melalui kaedah ini satu jaringan perniagaan dapat diwujudkan dengan lebih teratur dan berkesan. Sehingga kini BPU telah mewujudkan 3 syarikat vendor bagi non-food iaitu masing-masing dalam bidang Automotif, Seramik dan Tekstil.
Pelaksanaan lanskap ini juga merupakan satu kaedah bagi melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap Top Entrepreneur.
4. Lanskap Pembangunan Teknopreneur 

Landskap Pembangunan Teknopreneur merupakan satu platform bagi menyalurkan ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk melengkapkan usahawan dan bakal usahawan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan akan datang supaya dapat menguruskan perniagaan mengikut keperluan pasaran. Ia dilaksanakan samada menggunakan kepakaran yang ada dalam MARA atau melalui perkongsian bistari dengan institusi penyelidikan/latihan/pendidikan kerajaan atau swasta di dalam dan luar negara.
Landskap ini menawarkan pakej latihan dan pembangunan yang boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dan bakal usahawan dalam satu bidang tertentu yang mempunyai nilai komersial untuk dikembangkan.  


PENDIDIKAN


+ SEKTOR PENDIDIKAN  +

1.Bahagian Pendidikan Tinggi :

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) merupakan salah satu bahagian di sektor pendidikan MARA yang bertanggungjawab mengawal, merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di KPM, KM, UniKL, KPTM dan GMI. Di samping itu, BPT juga memainkan peranan untuk menjayakan matlamatnya seiring dengan matlamat MARA 


2.Bahagian Pendidikan Menengah :

2.1 : Matlamat


Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th Generation Innovation).


2.2 : Objektif Operasi


  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai  pencapaian aktiviti pendidikan menengah di MRSM sebagai tapak semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi kedua.
     
  • Mewatakkan pelajar lepasan MRSM sebagai pelajar yang mempunyai jati diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan.
     
  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pembangunan Kurikulum Asas dan Terbitan bagi MRSM untuk menjamin Piawai Kualiti Pendidikan menengah memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia sebagai hak kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
     
  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti kokurikulum (asas dan terbitan) dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi.
     
  • Merancang, melaksanakan dan memilih pelajar bumiputera yang berpencapaian sederhana, berpendapatan rendah, berpotensi, berbakat, dan berminat untuk meneruskan pengajian menengah di MRSM bagi memenuhi syarat kemasukan ke IPT.
     
  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan tujuan membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji.
     
  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti keusahawanan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar pada peringkat awal.
     
  • Merancang, memantau dan menilai kemudahan dan khidmat pengurusan pendidikan bagi memperkasakan sistem pendidikan MRSM berdasarkan piawai kualiti pendidikan MARA.
     
  • Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian pembangunan profesion perguruan di MRSM supaya guru-guru MRSM mencapai tahap profesionalisme yang cemerlang.
     
  • Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan di MRSM bagi memperkemaskan dan mengantarabangsakan sistem MRSM.

3. Bahagian Pengangjuran Pelajaraan


Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan meliputi usahawan yang boleh menjana kekayaan, melahirkan tenaga kerja kompeten dan pelajar Bumiputera cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini BPP menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Tumpuan utama diberikan kepada bidang pengajian yang merangkumi bidang-bidang keberhasilan pendapatan tinggi dan akan menumpukan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektrik & Elektronik, Pemborongan & Peruncitan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Komunikasi & Infraskruktur, Pertanian, dan Greater Kuala Lumpur.


BPP memfokuskan untuk melahirkan lebih ramai graduan bertaraf Doktor Falsafah dan Profesional ke arah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama demi mencapai matlamat pembangunan modal insan berteraskan kepada perkembangan bakat keperluan negara.


Untuk menjaga kebajikan para pelajar tajaan MARA di luar negara, BPP juga memiliki 8 cawangan Pejabat MARA Luar Negara iaitu di Amerika Syarikat, England, Jerman, Ireland, Australia, Indonesia, Mesir dan Russia.



3.1 : Skim Pinjaman Pelajaran (SPiP)


  • Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya.
     
  • Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dll.
     
  • Pelajar akan disaring berdasarkan kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga.
     
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.
     
  • Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum ke luar negara.
     
    3.2 : Program Pasca Siswazah Dalam dan Luar Negara
    • Permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, profesional dan doktor falsafah di dalam dan luar negara.
    • Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada universiti / institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan / MQA dan universiti terkemuka luar negara.
    • Penajaan adalah untuk pengajian secara Kerja Kursus (by Coursework) dan Penyelidikan (by Research)

    4. Bahagian Kemahiran dan Teknikal 


    Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) merupakan salah satu bahagian yang ditempatkan di bawah Sektor Pendidikan MARA. Latihan kemahiran MARA telah bermula di Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka pada tahun 1968. Sehingga kini, BKT mengendalikan 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan 13 buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia.
    Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program telah ditawarkan bagi memastikan latihan kemahiran MARA yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.



    4.1 : Objektif
    • Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi

    • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dalam industri

    • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

    • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar.

    • Melahirkan "potential technopreneur" yang berdaya saing dan berdaya tahan.

    • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat.

    5. Bahagian Teknologi Pendidikan

    5.1 : Visi Korporat
    Bahagian Pembangunan Sumber bertekad dalam usahanya menjadi peneraju bagi menggalak, membangun dan mengedarkan maklumat, ilmu pengetahuan dan repositori harta intelek yang inovatif dan berdaya kreatif, berkesan serta berkesinambungan. Matlamat akhirnya ialah maju ke hadapan dalam menyokong usaha-usaha MARA menghasilkan k-usahawan, k-kakitangan dan k-pertubuhan bagi merealisasikan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang kompetitif dan berdaya tahan).
    5.2 : Objektif

    Menggalak, membangun dan meningkatkan perkhidmatan repositori harta intelek, maklumat dan pengetahuan dalam pelbagai media serta menyebarkannya secara berkesan, berkualiti serta berterusan, ke arah melahirkan warga MARA yang berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa



    + SENARAI SEKOLAH/INSTITUT YANG DI TAJA MARA +
    • MRSM
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
    • Institut Kemahiran MARA
    • KPM/Kolej MARA
    + TAJAAN +

    1. Dasar Tajaan
    • Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

    • Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

    • Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

    + PEMBIAYAAN PELAJARAN +
    • Tajaan Pendidikan
    • Pinjaman PendidikanPinjaman Komputer pelajar
    • Pinjaman Pendahuluan pelajar

    PELABURAN

    + BAHAGIAN INDUSTRI PENGANGKUTAN +

    1. Pengenalan 
    Bahagian Kenderaan (BKN) telah ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Lembaga Kemajuan Kampung dan Industri yang dikenali sebagai RIDA (Rural Industry Development Authorithy). Tujuan penubuhan BKN adalah untuk memberi perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar bandar terutamanya bagi peneroka – peneroka FELDA dan seterusnya membantu bumiputera melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA.
    Apabila RIDA dibubarkan dan diganti dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan rasminya pada 1 Mac 1966, maka Bahagian Kenderaan telah diletakkan di bawah pentadbiran MARA yang dikenali sebagai Bahagian Kenderaan MARA. Sejajar dengan itu juga, Bas RIDA telah di tukar namanya menjadi Bas MARA yang kemudiannya diberi nama Kenderaan Bas MARA.

    OBJEKTIF
    • Memastikan perjalanan bas seratus peratus mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.
    • Membangunkan sumber manusia dengan mengikuti kursus/ latihan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
    • Memastikan bas-bas diselenggarakan mengikut jumlah kilometer perjalanan yang ditetapkan

    Sehingga kini KBM mempunyai sebanyak 16 buah projek yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan (Bas). Aktiviti utama projek-projek ini adalah tertumpu kepada perkhidmatan bas ekspres dan sewa khas, perkhidmatan bas berhenti-henti dan bengkel pembaikan dan selenggaraan.
    Pada 24 September 2005, penjenamaan semula Projek Kenderaan Bas MARA (KBM) dengan nama baru iaitu MARA Liner telah dilancarkan di Kota Tinggi, Johor.. Projek ini dibahagikan kepada dua (2) buah pentadbiran iaitu Wilayah Utara di Mergong, Kedah dan Wilayah Tengah di Bahagian Kenderaan MARA, Tingkat 6.


    Senarai projek-projek tersebut adalah seperti berikut:


    Wilayah Utara


    Wilayah Tengah



      1. Projek ML Alor Setar
      2. Projek ML Kuala Nerang
      3. Projek ML Serdang
      4. Projek ML Kangar
      5. Projek ML Sik
      6. Projek ML Yan
      7. Projek ML Langkawi

      1. Projek ML Bandar Tun Razak
      2. Projek ML Chini
      3. Projek ML Lurah Bilut
      4. Projek ML Muadzam Shah
      5. Projek ML Raub
      6. Projek ML Tanjung Malim
      7. Projek ML Teluk Intan
      8. Projek ML Alor Gajah
      9. Projek ML Bandar Penawar

    Manakala 3 Pusat Operasi Ekspres MARA Liner diwujudkan di 3 Zon iaitu :


    Zon Tengah - Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Sungai Besi

    Zon Timur - Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Kuantan
    Zon Utara - Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah




    + BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIRI +
    1. Objektif :
    • Penglibatan dalam bidang perniagaan berimpak tinggi.
    • Pembangunan hartanah MARA, pengkomersialan program-program MARA untuk menjana pendapatan.
    • Peningkatan prestasi syarikat-syarikat MARA ke arah memaksimumkan keuntungan.