--------------------------------------------------------------------
Title : Usahawan 'From Zero to Hero'
--------------------------------------------------------------------
BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin
Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu
yang terkaya di Malaysia. Beliau
ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Menurut majalah Malaysian Business beliau
mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang
ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes,
beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan.
Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja. Beliau juga 'Wira Dermawan Asia'
selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.
KERJAYA PERNIAGAAN RUNCIT
Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi
menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan
Telok Wan Jah. Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi
berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan
Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu
beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha
daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas
mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di
pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran
sekitar Alor Setar.
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori
Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA
untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu,
Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan
untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki
lebih daripada 40 buah lori.
Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama
di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan
Kemajuan Bandar (UDA). Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat
Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga
Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas.
Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA,
MARA Senama, Pernas Edar
dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
SYARIKAT USAHASAMA
Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua
orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah
pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang
52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan
16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15
Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary
Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula
dan kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan
beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli
melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi
membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi
kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat
pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama,
Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %).
Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed
Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan
ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke
Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko
dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat
kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam
tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan
kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha
sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi
membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian
berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut
tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek
Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
PENSWASTAAN
PELABUHAN
Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak
sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28
tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut
beras dari Thailand ke Sabah
dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya
pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta –
USD600,000).
Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.
Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan
pergantungan kerajaan . Menteri Besar Johor
ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin
. Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi
program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan
Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn.
Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga
berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan
Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan
syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %)
dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis.
LEBUH RAYA
Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC
Corporation pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan
Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya
Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak
ke Kuala Terengganu
. Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu
syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam
Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam
Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam
banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings
Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar
juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping
itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal
Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn.
Bhd. dan banyak lagi.
MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan
berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5
billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir
Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan
majoriti dalam Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai
Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS) Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd.
(MAHB) pada harga RM80 juta.
Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli
syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.
DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU
Pada 10 Januari 2008, Syed Mokhtar diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah
peringkat kebangsaan . Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai RM80,000 yang
disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu
Terbilang 2009.
KUNCI KEJAYAAN BELIAU
1. Fokus sebelum mempelbagaikan cabang perniagaan: usahawan perlu fokus
kepada sesuatu perniagaan sehingga stabil dan kukuh sebelum mempelbagaikan perniagaan.
2. Perniagaan perlukan masa dan usaha : usahawan muda jangan terlalu
cepat ingin Berjaya.Setiap usaha memerlukan fasa kesusahan, cabaran dan
sebagainya.
3. jangan mudah berputus asa : setiap perniagaan sama ada
kecil atau besar akan ada masalah, cabaran dan kerenah yang tersendiri.
oleh itu usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan mengalah pada pada
cabaran.
4. Jangan sering mengharap untuk dibantu : para usahawan tidak boleh
sekadar berharap untuk dibantu, tetapi perlu bersedia daripada segi fizikal dan
mental sebelum sebelum menceburi bidang keusahawanan.
5. Yakin dengan kemampuan dan kelebihan diri
sendiri : usahawan
perlu yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan.Ramai usahawan
Bumiputera tidak berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi tidak
yakin dengan kemampuan sendiri.
6. Berniaga bukan untuk siri sendiri : usahawan perlu kembali
menyumbang kepada masyarakat. Jangan menjual perniagaan kepada orang lain
kerana perlu memikirkan tentang nasib para pekerja yang selama ini bergantung
rezeki dengan perniagaan yang diusahakan.
7. Usahawan Islam ada akhirat : setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan
bukan islam dan perlu memikirkan tentang manfaat di dunia dan akhirat.
RUJUKAN
1. Premilla Mohanlall. (2012). Biografi Syed
Mokhtar Albukhary. Petaling Jaya: pVm Communications.
2. http://harithsidek.blogspot.com/2012/12/biografi-syed-mokhtar-albukhary-25.html
3. http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
4.http://adlymukhtar.com/blog/7-amanat-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-kepada-para-usahawan.html
---------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment