Ads 468x60px

+ ASSIGNMENT 2 : ASRUL +

Asrul Abd Jalil
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Title : Usahawan 'From Zero to Hero'
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH

  • NAMA : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
  • USIA : 33 tahun
  • LAHIR : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
  • ADIK BERADIK : Keempat daripada enam beradik
  • PENDIDIKAN : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
  • JAWATAN  : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd).
  • PENCAPAIAN : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
Biarpun baru berumur 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggan pelbagai pengiktirafan termasuk tokoh usahawan muda, anugerah yang dinobatkan oleh persatuan pedagang dan pengusaha melayu malaysai (Perdasama) baru - baru ini.

Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Eksppress di bawah kendalian syarikat Sani United Sdn Bhd ( SUSB ).

DI mana ada kemahuan , di situ ada jalan. Tekad yang menggambarkan liku-liku perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh Sebelum Bergelar usahawan muda melayu negara yang berjaya.


PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.



Bermula dengan destinasi ke ‘Pantai Timur’ dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara dan ke selatan. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.


Kunci Kejayaan Utama Datuk Sani Salleh

Perkara paling utama adalah individu itu perlu ada sifat kepemimpinan. Ini kerana jika tiada sikap demikian bagaimana dia mahu menerajui sesebuah organisasi sama ada kecil mahu pun besar. Selain itu, aspek keyakinan dan menepati masa. Saya akan melihat seseorang itu berdasarkan pertuturan yang yakin atau sebaliknya mudah dikenal pasti sudut kelemahan yang ada pada seseorang itu. Seseorang yang bersikap kepemimpinan perlu keyakinan tinggi ketika bertutur mengikut strategi yang ada malah ia perlu ada pada diri setiap individu yang mahu menjadi usahawan berjaya. 

Dalam bidang usahawan, seseorang itu akan berdepan pelbagai dugaan, cabaran dan masalah, jika tiada semangat kental, perniagaan yang diusahakan itu akan gagal. Ini termasuklah bermula bagaimana menstruktur syarikat, melantik pekerja dan sebagainya. Dia juga perlu bekerja keras dan memberi 100 peratus tumpuan kepada perniagaan selain tidak mudah putus asa serta tidak berprasangka negatif.


Cabaran Yang Dihadapi

Ketika itu saya berdepan cabaran menjual tiket kepada orang ramai, kelulusan lesen pengangkutan awam, pinjaman dan sebagainya semuanya berjalan lancar. Pada masa itu di Hentian Putra ada dua saja kaunter dibuka selain saya perlu bersaing dengan 14 syarikat yang sudah beroperasi, hanya saya seorang saja yang tiada bas. 


Saya membuat pembentangan di hadapan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan kaunter itu hanya berdasarkan lukisan gambar bas yang saya lukis sendiri berbanding mereka yang sudah ada bas. Ia hanya berbekalkan kononnya bas yang saya lukis itu menggunakan teknologi canggih dan memberi keselesaan kerana saya tidak ada apa-apa pun ketika itu. 



Ia ibarat ‘Ali Baba’ dan saya hampir putus asa dan nyaris menutup syarikat kerana kelulusan itulah yang akan menentukan masa depan Sani Express Sdn Bhd, jika gagal maka tiadalah bas pengangkutan itu pada hari ini. Alhamdulillah tidak lama kemudian saya akhirnya menerima surat kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.


Rujukan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment