Ads 468x60px

+ ASSIGNMENT 2 : NUR AZREENA +

Nur Azreena Zulkifli
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Title : Usahawan 'From Zero to Hero'
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PENERANGAN TENTANG PERNIAGAAN

Donald Trump ialah seorang jutawan dan juga usahawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan pengasas kepada Trump Entertainment Resorts. Trump Entertainment Resorts lebih kepada mengendali kasino dan hotel diseluruh dunia. ­­­­Selain itu, beliau turut menceburi bidang penerbangan melalui pembelian laluan penerbangan. Secara asasnya beliau sangat aktif dalam bidang usahawan sama ada hartanah atau yang lainnya walaupun perlbagai rintangan dihadapi.

BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?

Donald Trump terkenal kerana kekayaan hartanahnya serta memiliki harta berbillion­­­ USD. Beliau mendapat pengaruh besar dari ayahnya Frederick yang merupakan seorang Pembina yang juga pakar dalam bidang hartanah serta pembinaan pangsapuri bagi penduduk berpendapatan sederhana. 

Dari dorongan serta pengaruh ayahnya, beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak ayahnya untuk menyertai bidang hartanah sebagai tapak bagi permulaan perniagaannya. Hasil rekaan seni bina bangunannya yang sangat menarik di manhattan, menyebabkan beliau berjaya memperoleh pengiktirafan awam sehinggakan beliau ditawarkan projek pembangunan besar yang memberikan keuntungan yang tinggi dan lumayan. Dari situlah bermulanya empayar Donald­­­­­­ Trump hingga ke saat ini.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Setiap perniagaan yang diceburi, pastinya banyak halangan dan juga rintangan. Begitu juga bagi Donald Trump.

Setelah tamat pengajian di New York Military Academy. Beliau memasuki ordham University dan kemudiannya berpindah ke Wharton School of Finance di University of Pennsylvania. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian ijazah di dalam bidang ekonomi pada tahun 1968.

Beliau menyertai syarikat ayahnya dengan harapan yang besar lebih dari harapan ayahnya sendiri. Disitulah bermulanya titik perjalanan beliau ­­­­­­­didalam bidang hartanah.
Akan tetapi, pada tahun 1971, persaingan yang amat sengit telah menyebabkan beliau berpindah ke manhattan.

STR­­­­­­­­ATEG­­­I­­­­­­­­­­­­­­­ PE­­­­RNIAGAAN BELIAU­­­­­­

Bagi Donald Trump, strategi perniagaan adalah melalui penciptaan system minda jutawan. 3 langkah iaitu:

1:  mengekalkan fokus
Bagi beliau, kegagalan yang dihadapi beliau sebelum ini dijadikan sebagai pengajaran terbesar dan menjadikan beliau tegas dalam mencapai matlamat beliau. Ini akan membantu minda untuk hanya fokus kepada kemahuan beliau.

2: Berfikiran besar dan luas
Beliau sentiasa mengekalkan gaya pemikiran yang sentiasa berpandangan besar dan juga luas. Dalam erti kata lain “ Think Big” iaitu tidak menghadkan sesuatu perkara ­­­­­­­­­­­­.

3: Percaya gerak hati diri
Donald trump merupakan seorang insan yang sentiasa mempercayai gerak hatinya. Dengan mempercayai gerak hati, seseorang mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik walapun orang lain tidak nampak apa beliau nampak. Namun, terbukti bahawa ia mampu menghasilkan pulangan yang lebih lumayan.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

1. Membina jambatan manhattan.



2. Menghasilkan menara pencakar langit pertama, iaitu Trump Tower


3. Membina rumah dengan keluasan 62k meter persegi, serta memiliki   58 kamar tidur, 33 
    kamar mandi dan 3 buah bungker sebagai tempat     berlindung.



4.Trump International Hotel   and Tower, USA iaitu bangunan  setinggi 423m (1,389 ft) dan
   mempunyai  92  tingkat  ini  siap  dibina  pada  tahun 2009 .  Nama  bangunan  ini diambil 
   daripada nama Donald  Trump.


5. Membina bangunan bursa iaitu New York Stock Exchange serta Federal   Reserve Hall





KUNCI UTAMA @ PETUA KEJAYAAN DONALD TRUMP


Ini adalah beberapa petua asas kejayaan bisnes dan juga kehidupan beliau:
  • Meletakkan diri seperti keadaan pelanggan
  • Ikut gerak hati diri sendiri
  • Sahkan dahulu sebelum percaya
  • Menyumbang kepada komuniti sekeliling
  • Bersedia menghadapi kejayaan dan juga kejatuhan
  • Jangan takut buat kesilapan dan perbaiki dari kesilapan
  • Mengekalkan momentum dalam diri
  • Lebih bekerja keras
  • Selaras kerja dengan nilai-nilai diri
  • Berfikiran luas
  • Bertindak luar biasa
  • Ingat kepada matlamat, serta impian diri
  • Kekal bersama ilmu yang ada.
Rujukan:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment